tggal lagi 10 hari je exam anat..
bnyak lagi aku x bce nih..
dlam dok mlayan kebosanan mengadap buku je,laptop la jdi teman aku..
kalau dah laptop terpasang je,mane nak jadi baca buku..
huhu..masaalah2..adey~~
kalau x layan blog,aku layan frenster la..
n godek la ape2 yg patut..
nak dijadikan cerita,satu hari aku bukakla frenster seorang kawan aku ni..
aku nmekan sbgai nur je la eh..
maafla ni bkan nak mengata..juz nak dijadikan pengajaran je..
same2la kte amek iktibar..
skarang ni die blaja kat ardul kinanah ni jugak..
aku pon da lame x dgar crite bdak ni..
biaselah kan,kalau dah bkak frenster orang,mstila x lepas dri nak tgok gamabr die kan..
aku pon tgokla gmbar2 die,sampailah kat stu gambar ni..
dlam gmbar ni die x pakai tdung..
mybe jnis 'on off'..
pastu aku tgok pic comment kat bwah tuh..
ade 3 komen..
meh kte sesame bce..
aku agak terkejut gak ble NUR ni bleh kte cmtu..cmne eh kite nak btolkan fikiran n pemahaman masyarakat..btw,yang bgi komen as SITI tu bkanla aku (walaupun loghat tu n.9)..tpi,aku knal bdak tu..die amek lughoh klau x silap..kalu x pham loghat n.9 tu,silelah bertanya ok..yang si JAY tu pon bgi soalan salah..bkan kat 'sane' je wajib paki tdung..kat mne2 pon wajib paki tudung..
Penerangan Hadis:
Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain:
i. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..."
Ayat ini menegaskan empat hal:
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata kecuali yang biasa nampak dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar R.A. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Atho, Imam Auzai dan Ibnu Abbas R.A. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Masud R.A. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair R.A. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian.
4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada.
Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan hujungnya diikatkan ke belakang. Tapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dan sebagainya.
ii. Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..." (Al-Ahzab: 59).
Pengertian jilbab ialah:
a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim)menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka menghulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.
Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.
Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transparent (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan berpakaian namun telanjang. Pakaian yang transparent tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. An-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya.
Dalam hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anha, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).
Hadis ini menunjukkan dua hal:
a) Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b) Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.
Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Iman Syafie berpendapat, perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat itu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mewujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara.
Dari sudut kesihatan, pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.
Dari sudut integrasi, maka dasar integrasi dalam mana-mana negara sekalipun mesti mengambil kira perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sihat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu, hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.
Yang lebih penting dalam hal ini ialah, berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat.
Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah dhiuraikan tersebut di atas, kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan.
wallahualam..
1. Mereka jahil tentang dalil-dalil Al-quran dan Al-hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.
2. Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?
3. Mereka kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?
4. Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." ade ker? Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?
5. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.
6. Alasan best seterusnya, "Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.
7. Lagi "Apa baiknya menutup aurat ni?" Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?
8. Lagi alasan pling best, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Emmm...kenapa anda nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa anda tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.
9. Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?
10. Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka. Itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-fikirkanlah
Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya.
**Persoalan (alasan) di atas sebenarnya tidak terhad kepada isu tudung dan aurat sahaja sebenarnya tetapi mungkin juga kepada skop-skop dan aspek-aspek yang lainnya.