Monday, June 23, 2008
..menghitung hari..
erm..lame dah xde bnde bru..
busy ler..
exam..
ni pon esok ade oral,xpelah,aku nak merepek sekejap..
hehe..
tggal lagi 2 paper..tpi,mud ktorang stu rumah mcam dah merdeka je...
esok oral biochem,5 hari pastu phsyco plak..
orang dok sibuk2 bace bku untuk oral,ktrang plak sibuk carik rumah baru..
nak pindah~
hehe..alhamdulillah la rumah yg ktrg tgok tdi mmg puas ati sgt..
lgi pun ktrg yg 6 orang ni nak pecah 2 rumah..
tup tup dpat stu imarah..
Alhamdulillah..
if possible,ktrg nak settle semua bnde before balik mlysia..
smoga Allah permudahkan segalanye..
ni pon tgah countdown nak balik msia..
yuhu~~
brang pon x pack lagi..
hehe..
"mereka di sana,nntikan kepulanganku.."
kayla,nak mngadap buku sat..esok takut plak oral..
slamat malam sume~~
"aku berdebar untuk 29.6 ni..YA Allah permudahkan segalanya~~"
Saturday, June 14, 2008
::..it's better 4 u to keep silent..::

“Rasulullah s.a.w sedang duduk – duduk bersama Sayidina Abu Bakar as – Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci – hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa – apa, lelaki itu menjadi semakin berang.
Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.
Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.
Akhirnya perlahan – lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar lah.a bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, “ Wahai Rasulullah ! Adakah kau juga mahu membelaku ?”
“Tidak,” jawab Rasul sepatah. “Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata – kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan.
Untuk apa syaitan datang ? Untuk mengapi – apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.
Allah s.w.t mengingatkan dalam firman Nya : “ Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, “ Bagi kami amal – amal kami dan bagimu amal – amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang – orang yang jahil. ( Al – Qassas : 55 )
Tuesday, June 3, 2008
::..PAHALA BERSULAM NODA..::

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.
Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq, Jordan.
Saturday, May 31, 2008
::TUDUNG..::COMPULSORY???
tggal lagi 10 hari je exam anat..
bnyak lagi aku x bce nih..
dlam dok mlayan kebosanan mengadap buku je,laptop la jdi teman aku..
kalau dah laptop terpasang je,mane nak jadi baca buku..
huhu..masaalah2..adey~~
kalau x layan blog,aku layan frenster la..
n godek la ape2 yg patut..
nak dijadikan cerita,satu hari aku bukakla frenster seorang kawan aku ni..
aku nmekan sbgai nur je la eh..
maafla ni bkan nak mengata..juz nak dijadikan pengajaran je..
same2la kte amek iktibar..
skarang ni die blaja kat ardul kinanah ni jugak..
aku pon da lame x dgar crite bdak ni..
biaselah kan,kalau dah bkak frenster orang,mstila x lepas dri nak tgok gamabr die kan..
aku pon tgokla gmbar2 die,sampailah kat stu gambar ni..
dlam gmbar ni die x pakai tdung..
mybe jnis 'on off'..
pastu aku tgok pic comment kat bwah tuh..
ade 3 komen..
meh kte sesame bce..
aku agak terkejut gak ble NUR ni bleh kte cmtu..cmne eh kite nak btolkan fikiran n pemahaman masyarakat..btw,yang bgi komen as SITI tu bkanla aku (walaupun loghat tu n.9)..tpi,aku knal bdak tu..die amek lughoh klau x silap..kalu x pham loghat n.9 tu,silelah bertanya ok..yang si JAY tu pon bgi soalan salah..bkan kat 'sane' je wajib paki tdung..kat mne2 pon wajib paki tudung..
Penerangan Hadis:
Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain:
i. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..."
Ayat ini menegaskan empat hal:
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata kecuali yang biasa nampak dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar R.A. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Atho, Imam Auzai dan Ibnu Abbas R.A. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Masud R.A. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair R.A. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian.
4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada.
Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan hujungnya diikatkan ke belakang. Tapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dan sebagainya.
ii. Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..." (Al-Ahzab: 59).
Pengertian jilbab ialah:
a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim)menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka menghulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.
Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.
Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transparent (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan berpakaian namun telanjang. Pakaian yang transparent tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. An-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya.
Dalam hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anha, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).
Hadis ini menunjukkan dua hal:
a) Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b) Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.
Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Iman Syafie berpendapat, perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat itu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mewujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara.
Dari sudut kesihatan, pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.
Dari sudut integrasi, maka dasar integrasi dalam mana-mana negara sekalipun mesti mengambil kira perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sihat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu, hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.
Yang lebih penting dalam hal ini ialah, berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat.
Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah dhiuraikan tersebut di atas, kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan.
wallahualam..
1. Mereka jahil tentang dalil-dalil Al-quran dan Al-hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.
2. Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?
3. Mereka kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?
4. Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." ade ker? Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?
5. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.
6. Alasan best seterusnya, "Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.
7. Lagi "Apa baiknya menutup aurat ni?" Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?
8. Lagi alasan pling best, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Emmm...kenapa anda nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa anda tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.
9. Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?
10. Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka. Itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-fikirkanlah
Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya.
**Persoalan (alasan) di atas sebenarnya tidak terhad kepada isu tudung dan aurat sahaja sebenarnya tetapi mungkin juga kepada skop-skop dan aspek-aspek yang lainnya.
Thursday, May 29, 2008
::..kisah cintaku..::

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu.aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”
Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”
Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan... Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukanbantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,dan kemudian membelakangiKu tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir derasmembasahi pipiku tanpa henti.
“Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaandan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

