..”Jika engkau dongak ke langit dan tidak dapat melihat sebarang cahaya, janganlah rasa kecewa kerana di sebalik awan nun jauh di sana masih lagi ada cahaya, yang akan menyinarimu di setiap waktu..”..
Sahabat,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH...
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA...
Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikan segera...
Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah ia agar aku berubah..
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
Iringilah lena ku dengan kalungan Al-Fatihah,
Berjanjilah saudara ku,
Ukhwah kita untuk selamanya...
No comments:
Post a Comment