Saturday, April 26, 2008

.TANDA2 ORG YG MATI HATINYA..

1~ Mengaku kena Allah S.W.T tetapi tidak menunaikn Hak2-NYA:(



2~Mengaku cinta kepada Rasullah S.A.W tetapi mengabikn sunnag baginda:(



3~Memakan nikmat2 Allah S.W.T tetapi tidak mengsyukuri atas pemberian-NYA:(



4~Mengaku Syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menetangnya.:(



5~Mengaku ada nikmat Syurga tetapi tidak beramal utk mendapatkannya:(



6~Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dgn hukum2 di dalamnya.:(



7~Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha utk menjauhinya.:(



8~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia utknya.:(



9~Menyibukan diri membuka keaiban org lain tetapi lupa akan keaiban sendiri.:(



10~Menghntr n menguburkan jenazah/ saudara seislam tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.:(

nauzubillah hi min zalik..same2lah kte muhasabah dri..

Wednesday, April 23, 2008

..ISTIMEWANYA WANITA..

::..bonda trecinta bersama kakakku yg bes..::





Wanita dengan fitrahnya yang khas memiliki keistimewaan sebagai berikut:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh) itu

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di
dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang
dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI)akan dapat satu
pahala dari pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.

Wednesday, April 16, 2008

..MALU..


Sedar atau tidak, sebenarnya dalam masyarakat Muslim, satu penyakit telah mula menular dan merebak dengan dahsyat sekali. Wabak yang telah menyebabkan umat Islam tidak lagi dihormati dan disegani. Wabak yang menyebabkan pemuda dan pemudi lemas dalam lautan cinta buatan sendiri. Hilang perasaan MALU. Itulah wabak yang saya maksudkan. Apakah masih ada perasaan malu dalam diri kita di saat umat ini sudah mula tiba di penghujungnya sebelum menghadapi hari kemusnahan yang dahsyat?. Mari berhenti dan bermuhasabah sejenak. Apakah rangkuman yang dapat dibuat untuk menepati konsep malu dalam Islam? Malu untuk melakukan kejahatan. Malu untuk bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Malu untuk melihat perkara maksiat. Malu untuk bercakap perkara sia-sia. Malu untuk mendapatkan cinta manusia selagimana cinta Allah belum lagi dimiliki. Pendek kata, malu apabila melakukan perkara tidak baik. Masih adakah perasaan ini dalam diri kalian? Mari kita lihat manusia-manusia di sekeliling kita. Adakah mereka juga mempunyai perasaan malu ini? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dan tidak salah jika saya katakan jika jawapan tidak itu melebihi jawapan ya.

Dalam keadaan umat yang semakin tenat dan tenggelam dalam arus pembangunan ini, penerapan akhlak dan nilai-nilai positif dalam diri telah mula diabaikan. Akhirnya, nilai-nilai ini telah mula hilang. Sehingga ada segelintir manusia yang sanggup mengatakan bahawa orang-orang yang masih mengamalkan nilai-nilai murni dan sifait-sifat baik ini sebagai jumud dan ketinggalan zaman. Siapa yang jumud sebenarnya? Siapa yang ketinggalan sebenarnya? Siapa pula yang kuno juga? Adakah orang yang berakhlak baik tidak mampu untuk hidup dalam era pembangunan yang sedang pesat sekarang ini? Sudah tentu tidak. Tetapi adakah golongan yang menolak nilai-nilai murni dan baik ini mampu untuk berjalan seiring dengan pembangunan yang mereka agung-agungkan itu? Sudah tentu tidak! Lihat sahaja di Barat. Semakin maju mereka semakin jauh mereka ketinggalan. Kadar jenayah yang semakin meningkat. Pakaiannya juga mendedahkan aurat. Tidak kurang juga yang sanggup berbogel di tengah-tengah bandaraya dan pusat-pusat peranginan mendedahkan badan mereka yang kononnya cantik dan seksi. Bertamadun sangatkah perangai ini? Sudah cukup modenkah? Tidak jumudkah? Bukan kah orang-orang yang berbogel ini golongan yang hidup pada zaman-zaman dahulu? Golongan yang duduk di dalam hutan dan gua.Golongan nomad dan kuno. Kononnya ini adalah hak individu. Kebebasan bersuara. Sehingga sanggup dan boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa ada halangan. Ingat! Bebas kamu di dunia tidak bermakna kamu terlepas di akhirat nanti. Dibawah ini saya selitkan beberapa perkongsian yang saya cari dari sumber-sumber internet. Tentang betapa besarnya nilai malu. Malu yang dituntut oleh Islam dan kisah-kisah berkaitan.(bacalah sehingga habis sekiranya anda masih berakhlak dengan akhlak Islam).

Malu


Malu ertinya dari segi bahasa adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sifat yang mulia dan terpuji jika difahami secara benar maksud dan tatacaranya. Dari malu akan seseorang dari keadaan hina dina dan meletakkan seseorang di dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif sahaja. Perasaan ini dapat mengatasi seseorang melakukan hal-hal kemaksiatan, kerana seseorang itu akan berperasaan; “ Bahawasanya saya adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan saya lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”.

Asal usul kalimat hayaatun (kehidupan) berasal dari kata hayaa’un (malu). Kamus lisan arab merujuk (istahyu rajulun) – kuatnya denyut kehidupan dalam jiwa seorang lelaki. Maka difahami dari frasa ini ialah dia malu untuk bersangkut-paut dalam hal-hal kehinaan kerana hati nuraninya tidak mahu melakukan hal-hal yang berakibat negative.
Maka difahami perasaan malu (al-haya’) berkait rapat dengan kehidupan itu sendiri dan membawa makna dan rahsia kehidupan itu. Maka seseorang yang tidak mempunyai sifat malu maka dia bukanlah hidup sebenarnya, tapi sudah mati atau hampir mati keadaannya.

Perbezaan malu (al-haya’) dan tersipu (al-jahalu)

Malu yang kita fahami bukanlah malu tersipu-sipu tidak pada tempatnya kerana malu yang kita bincangkan ini adalah sesuatu perasaan yang lebih besar maknanya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga gagap dan takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah keperibadiannya. Akan tetapi al-haya (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadiannya lantaran kuatnya dia dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Sungguh terdapat kekeliruan dalam dua istilah ini yang sering dicampur-baurkan.

Sekilas Dalil-dalil

Rasulullah saw bersabda; “ Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu sebahagian daripada iman.” (Bukhari:9 & Muslim:151)

Hadith yang lain menyebut; “Cabang iman itu 63 bahagian. Yang tertinggi adalah mengucapkan Lailaha illa Allah. Bahagian terendah adalah membuang rintangan dijalanan. Adapun malu itu sebahagian daripada iman.”(Abu Dawud:4676)

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. berjalan
melalui seorang lelaki dari golongan kaum Anshar dan ia sedang menasihati saudaranya
tentang hal sifat malu - yakni malu mengerjakan kejahatan. Kemudian Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan."
(Muttafaq 'alaih)


Lihatlah penting sifat malu hingga ia sebenarnya berkait rapat dengan keimanan. Maka lihatlah dimana sifat malu kita dan muhasabahlah. Kebanyakan kita tidak tahu malu sebenarnya.

Permulaan akhlak ialah malu

Rasulullah saw bersabda;
“Malu itu mengandungi kebaikan” (Muslim:156, Abu Dawud:4796)
“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.” (Bukhari:5766, Muslim:155)
“Malu itu sebahagian daripada iman dan iman tempatnya disyurga sedangkan buruk akhlak itu sebahagian dari kekerasan hati dan tempatnya dineraka. (Tirmizi:2009)
“Malu dan iman keduanya tidak boleh dipisahkan. Jika satunya terangkat maka yang lain jua turut terangkat.”(Musnad al-Hakim, 1:22)


Jika dicabut rasa malu itu maka tunggulah saat kehancuran

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah, di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifat malu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman dan kemaksiatan sedangkan kita yang melihat sendiri yang berasa malu atas perbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan.
Bacalah sekali lagi hadith diatas, dan tanyalah diri kita. Adakah kita mempunyai sifat malu……………………..?

Suatu makna yang indah

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya setiap agama ada akhlak tersendiri dan akhlak Islam adalah malu” (Ibnu Majah:4181)
Hadith tersebut tidak bererti satu-satunya akhlak dalam Islam adalah malu akan tetapi akhlak yang paling sempurna dalam Islam adalah sifat malu. Betapa agungnya malu dalam akhlak Islam!

Hadith yang mempunyai 2 makna

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya apa yang diketahui oleh manusia dari sabda kenabian terdahulu ialah; Jika engkau tidak malu maka lakukanlah sesuka hati kamu.” (Bukhari:348, Ibnu Majah:4183)
Bahawa akhlak malu itu dimiliki para Nabi. Oleh itu kita dapat fahami,
1) Ancaman, jika tidak malu maka buatlah sesuka hati dan nantikanlah balasan Allah swt.
2) Kerja keras tanpa keluh kesah. Jika pekerjaan yang anda lakukan itu tidak tercela maka lakukanlah dengan sungguh-sungguh dan tulus ikhlas.

Rasulullah saw malu umpama gadis pingitan

Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu lebih sangat sifat
malunya daripada seorang perawan dalam tempat persembunyiannya - yakni perawan yang
baru kawin dan berada dalam biliknya dengan suami yang belum pernah dikenalnya. la amat
sangat malu kepada suaminya itu. Jikalau beliau s.a.w. melihat sesuatu yang tidak disenangi,
maka kita dapat melihat itu tampak di wajahnya." (Muttafaq 'alaih)


Rasa malu Nabi melebihi gadis pingitan. Jika baginda melihat sesuatu yang tidak baginda sukai, maka akan merahlah muka baginda yang mulia itu dan menjauhkan diri dari melihatnya. Apa yang kita lakukan jika kita lihat sesuatu yang tidak elok? Apakah wajah kita akan memerah dan menundukkan pandangan kita? Mulai hari ini kita cerminkanlah diri kita!

Malu Seorang Gadis

Fatimah binti Utbah bin Rabi’ah berjumpa Rasulullah saw kerana ingin masuk Islam. Saat itu Aisyah ra ada bersama baginda. Nabi saw bersabda;
“Ya Fatimah, berbaiatlah kepadaku. Janganlah engkau menyekutukan Allah sw sedikitpun. Jangan mencuri, apalagi berbuat zina.” (Ahmad: 1/21)

Ketika Fatimah mendengar kata “zina” ia menutupi wajahnya dengan tangannya disebabkan malu. Rasulullah saw berasa hairan dengan sikap Fatimah tersebut lalu Aisyah ra berkata; “Ya Fatimah, berbaiatlah engkau kerana seluruh wanita telah berbaiat tentang hal itu.” Maka Fatimah pun berbaiat.
Mendengar perkataan itu sahaja membuatkannya malu, apatah hal-hal yang lebih dari itu. Dewasa ini pemuda pemudi kita sudah hilang sifat malunya. Gadis juga berperawakan lelaki, bercakap kasar, berkata-kata lucah, menghisap rokok dan sebagainya. Jika gadis-gadis sudah begini bayangkanlah pula pemudanya. Sukar dibayangkan betapa teruknya. Dimanakah wanita seperti Fatimah ini?

Sampai Malaikat pun Malu Kepadanya
Nabi saw bersabda: Apakah saya tidak malu terhadap Utsman? Sedangkan malaikat pun malu padanya! (Muslim:6159, Ahmad:VI/62)

Adakah diantara kita yang mempunyai seperempat atau sepersepuluh dari rasa malu Utsman? Diriwayatkan Utsman menikahi seorang gadis dan apabila dia meninggal dunia, isterinya itu ditanya mengapa dia tidak mahu menikah lagi sedangkan dia masih muda. Dia menjawab,” Sungguh aku tidak akan menjumpai orang yang selembut Utsman sebagai suamiku.”

Wanita itu berjalan malu-malu

Firman Allah swt dalam al-Quran ketika menggambarkan wanita anak Nabi Syuaib berjumpa Musa as;
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: “Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami.” (al-Qashash:25)

Renungilah ayat ini dan bacalah sekelian kalinya hingga kita berfikir mengapa begitu lengkap dan sempurna pernyataan Allah dalam menguraikan bagaimana anak Nabi Allah Syuaib tatacaranya berjalan? Seolah-olah kita merasakan bahawa perkataanya jua gaya jalannya menunjukkan rasa malunya. Seluruh badannya menunjuk rasa malu yang agung, menjaga kehormatan diri dan maruah wanita dan jua manusia seluruhnya. Sesungguhnya rasa malu bagi wanita itu adalah perisai tak tertembusi oleh manusia lain, andai saja dia pandai menjaga perisai malunya. Tuntutan rasa malu kepada wanita adalah fitrah kerana wanita itu sendiri lembut dan sopan melebihi lelaki.

Adalah dikesalkan pada zaman ini kita sudah ketandusan generasi sebegini. Namun disebalik redup ketandusan ini, Allah tidak menghilangkan golongan yang masih mempunyai harga diri. Masih terdapat yang memelihara aurat mereka dengan sempurna, menjaga pergaulan bebas, bersifat malu selayaknya wanita. Umpama mutiara sempurna tersusun rapi didalam bekas yang terjaga. Biarpun berdepan arus globalisasi dan modernisasi yang kuat mengfitnah, insya Allah yang memberi ketenangan pada hambaNya yang soleh dan solehah. Arus feminisme dan emansipasi wanita jua turut memberikan tekanan, yang melaungkan kebebasan yang superficial kerana hakikatnya mereka mengeluarkan diri dari keistimewaan dan darjat tinggi yang telah diberikan Islam. Hasilnya wanita yang bersikap tidak senonoh, menghina diri untuk menarik perhatian orang lain khususnya lelaki, dan hilang sifat kewanitaan. Musuh Islam sangat gembira dengan hakikat ini kerana tidak cukup dengan wanita Eropah untuk dirosakkan, wanita di Timur khususnya wanita Islam menjadi matlamatnya.

Renungi hadis ini

Dalam hal ini ada sebuah Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari yang diterima dan'
Abu Mas'ud yaitu Uqbah al-Anshari, mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya di antara hal-hal yang ditemui (didapatkan) dari ucapan kenubuwatan yang
pertama ialah: Apabila kamu tidak malu, maka lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki."


Adapun Hadis di atas itu mengandung pengertian sebagai ancaman atau untuk
menakut-nakuti pada seseorang yang hendak berbuat semau-maunya. Jadi maksudnya ialah:
"Kalau kamu tidak malu kepada Allah dalam melakukan kemunkaran dan kemaksiatan itu,
terserahlah, kamu boleh melakukan apa-apa yang kamu inginkan dan sesuka hatimulah.
Tetapi ingatlah bahwa setiap sesuatu itu ada balasannya, baik di dunia ataupun di akhirat."
Ada pula sebagian alim-ulama yang berpendapat bahwa maksud Hadis di atas itu
adalah untuk menunjukkan kebolehan sesuatu kelakuan. Jelasnya: "Kalau kamu hendak
melakukan sesuatu, sekiranya kamu tidak malu kepada Allah dan para manusia, sebab
memang bukan larangan agama, baik sajalah kamu lakukan. Tetapi sekalipun agama
membolehkan, kalau kamu malu, tidak kamu lakukan pun baik juga jikalau hal itu termasuk
sesuatuyawaz (yakni bukan hal yang wajib atau sunnah). Jadi baik dilakukan atau
ditinggalkan sama saja bolehnya."

Tegakkanlah rasa al-haya dalam diri kita. Itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan tidak terbanding dengan apa yang ada pada dunia dan seisinya.

Allahua'lam.

Sumber: bahantarbiyyah.info, Riyadus Solihin, Akhlak Mukmin (Amr Khaled)

..WHEN THERE IS A WILL,THERE IS A WAY..


pejam celik..pejam celik..arini dah 16.4.08..
mknenye de lagi 2 minggu je nak start final exam..
ya~~~
tolak waktu ntuk Allah,mkan,tdo,masak,maen2,termenung,g kdai,jalan..tggal bape jam je lagi..hoho
klas makin bnyak..biochem n physio bnyak lg x abes..ades~~
sempat ke aku nak abes bace sume bku,wat revision,nak wat latihan lgi..
n da most important thing is..NAK INGAT..
hoho..sempat ke?..
study..study..study..
masalhnye bnyak je godaannye..tyme study tulah,nak ngantukla,laparla,nak kaco orgla..n paling xpat nak tolong,nak bkak laptopku yg chumel ini..lgi2 ble dah tersangkut kat blog ni..ade je bnde aku nak wat..musy fahma aku..(haha ni ayat kak nab)..ya~~
erm..ble tgok siput kat bawah nih,cam dpat smngat sket..
ika!!gambate~~
ya Allah terangi hatiku dan rakan2ku dlam mnuntut ilmu..
akan ku manfaatkan stiap inci ruang n masa yg ada..
doakan..

when someone tells u that u can do nothing..



look around..



consider all options..



..then Go for it!!



use all da things GOD gave u..



be creative..




in the end,u'll succed and prove that she's wrong..


Always remember
"Where there is a will, there is a way"

Tuesday, April 15, 2008

...iq test..


John, his wife and their daughter wish to cross a river.

The row boat can only hold 100 kilos.

John weighs 80 kilos.

His wife and daughter weigh 40 kilos each.

Question: How do all three cross the river?

Monday, April 14, 2008

..bulan islam..


nampak simple je,tpi,msti ade jgak org yg x pnah tau ni..tol x??

Nama bulan Islam

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

  1. Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiul Awal (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiul Akhir (atau Rabiul thani) (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﺧﻴﺮ/ﺭﺑﻴﻊﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadil Awal (ﺟﻤﺪﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
  6. Jamadil Akhir (atau Jamadil thani) (ﺟﻤﺪﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤﺪﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadhan (ﺭﻣﻀﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭﺍﻟﻘﻌﺪﻩ)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijjah (ﺫﻭﺍﻟﺤﺠﻪ)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Sunday, April 13, 2008

Grads prefer to stay on overseas???

newsdesk@thestar.com.my


PUTRAJAYA: More and more medical students sent abroad to study on government scholarships, many costing more than a million ringgit each, are breaking their 10-year bond by refusing to return and serve in public hospitals.

“This is a sore point with us. In 2006, 21 medical students in Britain did not return. Last year, the number was 63. For those studying in Ireland, three students did not come back in 2006 while last year, 27 did not return,” said Human Capital Development division director Datin Madinah Mohamad.

She said these students cost the Government up to RM1.1mil each in funding for the five-year course.

“The number has been steadily increasing each year since 2003. The excuse these undergraduates often give is that they want to do their two-year housemanship over there and continue with sub-specialisation courses.

“But when they do so, they may then get employed and become eligible for registration in Britain. With the pay they are getting there, it’s highly unlikely they will come back and serve here,” she said in an interview here yesterday.

Since 2003, 145 students from Britain and 85 from Ireland have not come back. However, only three from Russia, two from Jordan and one from Japan failed to return.

Another reason many students chose to stay back could have been due to PSD’s perceived lenient treatment of such students in the past and a paltry penalty of RM160,000 each before 2003, she said.

“It encouraged undergraduates, who have seen many of their seniors being let off, to follow suit,” she said.

Although the department had officers in Britain and Ireland to track down errant medical students, some in the last year of studies ignored notices and others did not bother to show up when called for interviews.

She said tougher measures were needed to make them come back and serve or pay their bond.

The department was now seriously considering suggestions to make errant students repay twice or thrice the sum of their scholarships as punishment.

“We need to study this recommendation,” she said, adding the department had also handed 30 such cases since 1989 to the Attorney-General’s Chambers for legal action and had even declared one former student bankrupt.

But legal action was slow and guarantors would be taken to court only as the last resort, she said.


erm..nilah realiti dunia hari ini..undergraduates lupe tanah air..yy??erm..

[The excuse these undergraduates often give is that they want to do their two-year housemanship over there and continue with sub-specialisation courses.]

acceptable ke alasan tuh??ok..ape2 pon abes wat sub-specialisation bley je balik msia kan..[unless pade sape2 yg ikut husband ke..possible la jugak kan]..baliklah..ingatlah sape yg dah taja nda tuh..klu nak dok kat overseas,suhla negara tu yg taja anda..balikla ank2 msia..x kirelah medic ke,agama ke..khidmat kte diperlukan di mlaysia..apatah lagi doktor2 lepasan mesir nih..we r actually sgat beruntung blaja kat egypt nih..dunia akhirat dapat,n jaln tu sgat mudah..jdi doktor yg ble balik msia mmpu ubat pesakit n pada mse yg same dpat tarbiyah sket n dakwah..(btol x kwan2???syukur x blaja kat mesir??)act,i'm wondering if there's any of us yg nak stay cni..hoho..(bdak medic..)nak ke??dah sedia mental n fizikal nak dok cni??..balikla..berkhidmat untk msyarakat sendri..[proud to be muslimah n malaysian].. personally,aku nak balik!!b4 datang cni aku mmg dah niat nak balik msia..sooner,i'm a gynaecologist..[ameen..]..y do i prefer to be a gynae??y??..n y??ni pon aku dah korbankan cita2 aku yg sebenar..(missin math n physic terribly~~)xpe,ni bukan paksaan dari mne2 pihak..keputusan yg aku wat sendri n galakan from my family..doa ibu..restu ibu membawa ke syurga..
1st of all,aku rase tuh dah jadi satu tuntutan wat aku as a muslimah yg dah biase didedahkan dgan kata2"pkar sakit puan kat msia skarang dimonopoli oleh kaum lelaki.."..hoho..panas je..beratnye aku dgar..mmg xde slahnye,yelah tuh kre kes daruratla kan..tpi,mne perginye plajar2 medic perempuan??lbih tepat lagi..mane doktor2 muslimah??dari egypt,ireland,india,indon,rusia....dimanakh anda??tggungjawab nih besar ni..kepada golongan terpelajar..mdic or even gol ustaz2..relakah anda isteri anda diuruskan oleh doktor lelaki??..tambah2 klu non-muslim..ades~~..as i've said b4,xde salahnye,tpi.......hurm..seolah-olah cam x diberi pilihan plak kan..(tpi bez je jdi kak fakeha..disambut sndri husband tercinta..thniah!!).. [so,pngajarannya,wahai golongan muslimah carikla golongn doktor..haha..juz kiddin..iklan jap..]xpe2.. sape nak tempah saye,silelah..tpi g 10 taunla gamaknye bley berkhidmat..hoho..tggu hospital aku siap dlu..x kesahlah lmbat ke cepat,yg pastinye aku akn berkhidmat kat msia..
ni dah lari dari tajuk utama nih..haha..xpe2 ..y do i prefer gynae??2nd reason..my besfren..(kadok said).."jadilah ika..klu ko tlong permudahkan org nak bersalin..insyaAllah,Allah permudahkan jlan ke syurga.."..ameen..thanx 4 those words kadok.. 3rd reason..aku ske bdak2..undoubt..hoho.. bnyak sbnarnya sebbnye..tpi ckuplah yg 3 nn..smoga Allah permudahkan jlan aku n antum semua..ameen..balik ye jgan x balik..proud to be a musliamh!!n alhamdulillah diberi kekuatan n kesempatan untuk capai cita2 aku yg agak besar ini..huhu..Pray for my success and I shall pray for yours..




Friday, April 11, 2008

..da day of breakin da rules..







huhu..bangun pagi tadi je,kay dah kol awal2.."ika,jom main"..yuhu!!dapat lpas gian kat court..
hehee...but there was sumthin bad happened to me..erm..tpi kugagahkan jua..alhamdulillah,kuar gak peluh pagi ni..
tpi,minta maafla kwan2..as usual,rumah saidah sampai lambat..hoho..ya ampun~~

bkan stakat men basketball n netball je..badminton pon de..n da most unbelievable thing is..main getah..hoho..cam knak2 je..xpe janji kuar peluh..juara lompatan diberikan kpada maya..n lompatan paling bergaya...mirala..sape g kan..haha..

memujuk nuna yg menanges..hoho..eyt,idung kte kna bola gak..x nanges pon~~





proses mebuat 'tali getah' bersama mira..hoho..kami kembali ke zaman kanak2..(getah ni mak dura yg bekalkan,,time kasih mkcik Bidah..)
[20 to 12]..supposed to be 13 to 30 la~~


riangnye kanak2 ini..lalalala...




nih juara...




gambar photographer xde~~huhu..

Thursday, April 10, 2008

..BIDADARI..


"Sesungguhnya, orang-orang yang bertakwa berada dalam surga dan kenikmatan, mereka bersuka
ria dengan apa ynag diberikan oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari
azab neraka. (Dikatakan kepada mereka),"makan dan minum dengan enak sebagai balasan dari apa yang kamu kerjakan.: mereka bertelekan di atas tempat tidur ang berderetan dan Kami kahwin
kan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik dan bermata jeli." (ath-Thur: 17-20)

Mabi Muhammmad saw menggambarkan kepada Ummu Salamah r.a. tentang perihal Syurga:

Dari Ummu Salamah r.a., ia berkata kepada Rasulullah, "Ya Rasul Allah, jelaskanlah kepadaku
firman Allah tentan gbidadari-bidadari yang bermata jeli."

Baginda menjawab, "Bidadari yang kulinya bersih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau
seperti sayap burung nasar."

Ia berkata lagi, "Jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah, "Laksana mutiara yang tersimpan
baik." (Al-Waaqi'ah:23)

Baginda menjawab, "Kebeninganya seperti kebeningan mutiara di kediaman lautan, tidak pernah
tersentuh tangan manusia."

Ia berkata lagi, "Ya Rasul Allah, jelaskanlah kepadaku firman Allah, "DI dalam syurga itu
ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Ar-Rahman: 70)

Baginda menjawab, "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita."

Ia berkata lagi, "Jelaskanlah kepadaku firman Allah, "Seakan-akan mereka adalah telur
(burung unta) yang tersimpan dengan baik." (As-Shaaffat: 49)

Baginda mejawab, "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bahagian dalam telur
dan terlindung kulit telur bahagian luar, atau yang biasa disebut putih telur."

Ia berkata, "Ya Rasul Allah, jelaskanlah kepadaku firamn Allah, "Penuh cinta dan sebaya
umurnya." (Al-Waqiah: 37)

Baginda menjawab, "Mereka adalah wanita-wanita yang meniggal dunia pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu lalu menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya."

Ia bertanya, "Ya Rasul Allah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jei, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak nampak."

Ia bertanya, "Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka?"

Baginda menjawab, “Kerana shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata, "Kami hidup dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Bebahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

Ia berkata, "Ya Rasul Allah, salah seorang di antara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat laki-laki lalu dia meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka masuk syurga pula. Siapakah di antara laki-laki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?"

baginda menjawab, "Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu ia pun memilih siapa di antara mereka yang akhlaknya paling bagus, lalu ia berkata, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya laki-laki inilah yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka, nikahkanlah aku dengannya.' Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat." (HR ath-Tabrani)

...BRAIN TEASERS...

juz try it..really cool..



FOCUS ON THE DOT!
WHAT HAPPENED TO THE OBJECT?



NEXT? FIND THE FACES:





NEXT:
What do you see here?



Do you see the word "LIFT"?
Or, a bunch of black splotches ?

GIRLS ARE ABLE TO SPOT THE WORD "LIFT" EASILY.
MEN FIND IT DIFFICULT TO SEE THE WORD "LIFT"!!!



A face? ...



Or, the word 'liar'


DO YOU SEE FOUR PEOPLE?





Who is the tallest?




Look at the middle column.
Where does it end?




CAN YOU SEE THE EXTRA DEER?




huhu..kinda weird.




'o' no!!



HOW MANY PEOPLE ? 5?





How many horses in this picture? Should find 7









Monday, April 7, 2008

..exam oh exam..


as da pendulumn ticks,i feel like i wanna die..
hehe..cam extreme je plak eh.. exam pnye pasal.. exam oh exam.. btw,nih jadual exam khas untk dr2 zagzig je..[klu u laen nak ikut,bley je..hehe]


29.4 - anat practical
1.5 - histo practical
2.5 - biochem practical
3.5 - physio practical

14.5 - physio written
18.5 - physio oral


26.5 - histo written
27.5-histo oral


10.6 - anat written
14.6 - anat oral


22.6 - biochem written
24.6 - biochem oral


29.6 - psychology

~all da bes~