Saturday, May 31, 2008

::TUDUNG..::COMPULSORY???

Assalammualaikum..
tggal lagi 10 hari je exam anat..
bnyak lagi aku x bce nih..
dlam dok mlayan kebosanan mengadap buku je,laptop la jdi teman aku..
kalau dah laptop terpasang je,mane nak jadi baca buku..
huhu..masaalah2..adey~~
kalau x layan blog,aku layan frenster la..
n godek la ape2 yg patut..
nak dijadikan cerita,satu hari aku bukakla frenster seorang kawan aku ni..
aku nmekan sbgai nur je la eh..
maafla ni bkan nak mengata..juz nak dijadikan pengajaran je..
same2la kte amek iktibar..
skarang ni die blaja kat ardul kinanah ni jugak..
aku pon da lame x dgar crite bdak ni..
biaselah kan,kalau dah bkak frenster orang,mstila x lepas dri nak tgok gamabr die kan..
aku pon tgokla gmbar2 die,sampailah kat stu gambar ni..
dlam gmbar ni die x pakai tdung..
mybe jnis 'on off'..
pastu aku tgok pic comment kat bwah tuh..
ade 3 komen..
meh kte sesame bce..




aku agak terkejut gak ble NUR ni bleh kte cmtu..cmne eh kite nak btolkan fikiran n pemahaman masyarakat..btw,yang bgi komen as SITI tu bkanla aku (walaupun loghat tu n.9)..tpi,aku knal bdak tu..die amek lughoh klau x silap..kalu x pham loghat n.9 tu,silelah bertanya ok..yang si JAY tu pon bgi soalan salah..bkan kat 'sane' je wajib paki tdung..kat mne2 pon wajib paki tudung..



::..PERSOALAN DAN PERMASAALAHAN MENUTUP AURAT..::

Dalam hadis rasulullah s.a.w.riwayat Muslim "Ada 2 golongan neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."

Penerangan Hadis:

Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beraga
ma. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.

Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain:

i. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..."

Ayat ini menegaskan empat hal:

1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.

2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.

3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata kecuali yang biasa nampak dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar R.A. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Atho, Imam Auzai dan Ibnu Abbas R.A. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Masud R.A. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair R.A. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian.

4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada.
Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan hujungnya diikatkan ke belakang. Tapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dan sebagainya.

ii. Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..." (Al-Ahzab: 59).

Pengertian jilbab ialah:

a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim)menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka menghulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.

Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.

Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transparent (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan berpakaian namun telanjang. Pakaian yang transparent tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. An-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya.

Dalam hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anha, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

Hadis ini menunjukkan dua hal:

a) Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b) Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Iman Syafie berpendapat, perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat itu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mewujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara.

Dari sudut kesihatan, pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.

Dari sudut integrasi, maka dasar integrasi dalam mana-mana negara sekalipun mesti mengambil kira perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sihat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu, hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.

Yang lebih penting dalam hal ini ialah, berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat.

Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah dhiuraikan tersebut di atas, kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan.

wallahualam..


::..10 ALASAN PALING TOP UNTUK TIDAK BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT..::

1. Mereka jahil tentang dalil-dalil Al-quran dan Al-hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.

2. Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?

3. Mereka kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?

4. Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." ade ker? Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?

5. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.

6. Alasan best seterusnya, "Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.

7. Lagi "Apa baiknya menutup aurat ni?" Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?

8. Lagi alasan pling best, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Emmm...kenapa anda nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa anda tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.

9. Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?

10. Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka. Itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-fikirkanlah

Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya.

**Persoalan (alasan) di atas sebenarnya tidak terhad kepada isu tudung dan aurat sahaja sebenarnya tetapi mungkin juga kepada skop-skop dan aspek-aspek yang lainnya.


Thursday, May 29, 2008

::..kisah cintaku..::







Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu.aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.”

Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat
anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”

Dia bertanya
lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan... Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukanbantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,dan kemudian membelakangiKu tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir derasmembasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu
menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaandan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Tuesday, May 27, 2008

..histo oh histo..

.. brtemankan purple notes..


assalamualaikum.. mcam dah lame je x post baru..hehe.. so,abes jek musim physio.. maka bermulala persediaan peperangan mngahdapi histo plak... jarak hari slama 7 hari untuk mnghafal satu buku mmg aku gunakan sepenuhnya,tpi tpula klu aku kte aku bley ingat sume kan.. tyme tgah berperang ngan musim exam,ade lgi stu peperangan fizikal yg dasyat.. .N.Y.A.M.U.K.. adey..punye bnyak n tough nyamuk kat mesir ni..mcm org2 die gak..hehe.. so,bermulalah episod study bertemankan klambu.. hehe..klambu husna,wrne hijau yg di pos khas dri mlaysia.. mka,duduklah kami berdua,mkan, tido n study dlam kelambu kat ruang tamu.. dgan meja2 bulat ktrg pon dok skali dlam klambu tu.. suasana mmgla suram dlam klambu tu,tpi lgi puasla ati sbab nyamuk xpat hisap darah manis ktrg ni..(bkan kncing manis ye..).. yg besnye ble tgok nyamuk bergantungan(ish,btol ke ayat aku ni??) kat luar klambu tuh..kesiannye kat nyamuk2 tu..STARVING.."tolong,ktrg lapar ni..nak masuk.."hehe pdanla mke ko nyamuk!!mcam nyamuk2 tu plak yg terkurung dlam pnjara..pdahal ktrg yg dok dlam klambu tu..alhamdulillah la kepanasan rumah aku msih di thap pling minima..ltak kipas luar klambu pon still rase gak angin tuh.. aish..dok cte psal nyamuk plak.. kembali ke histo.. study n study n study..pulun btol.. maka hari exam pon tdo.. alhamdulillah..agak snang soalannya.. cume oral aku hari ni susah sgat..ternganga je aku,abai n farhan.. susah..bkan sbb x bce,tpi pasal soaln xde dlam bku pon jwapannye.. mmg cuakla..sdey pon ade gak..mybe dr. perasan kot air muke ktrg.. then die kate,"don't worry about ur marks..i'm asking u these Q more to teach u.." lega gak ktrg..tpi ade gak riso tuh..ya ampun..susah bngat soalannya.. slamat tinggal histo..slamat tinggal jgak kpada all my purple notes..nak jumpe pink notes plak pasni..anatomy..huhu so,here m i..dok post pasal histo..pasni anatomy..lagi 2 minggu.. lame kan gap..mudah2an aku x leka..bce bku la ika!! ok..pnat plak..wsalam..

pen yg wajib ada tyme wat nota esp pen wane ungu!!

Friday, May 23, 2008

..la takrobu zina'..

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.





Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:


Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


--------------------------------------------------------------------------------

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:


Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."



Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.







Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "




Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...

Sunday, May 18, 2008

..SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA..



...bu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”

..TINGGALKAH KASIH,TINGGALKAH SAYANG..


..slamat tinggal physio..


assalamualaikum.. alhamdulillah,killer subject dah pon berlalu.. P.H.Y.S.I.O!! 8 papers left~~ kwan2,bes of luck.. let bygone be bygone.. step 4ward~~ hurm..let bygone be bygone?? tpi,aku sndri dok terpkir physio written.. i did bad..n i know, i did veeeery bad~~ ya Allah jauhkanlah rse ptus asa yg bermaharajalela di hatiku ini.. hilangkan rse kesedihan ini ya Allah... ORAL with DR ALI~~aku dlam group first,together wit teejay n kay.. selebihnya sume bdak lllki...cuaknye..sape x cuak.. i've tried ma best..n rasenye sume da buat yg terbaik.. spe yg kna ngan Dr Ali,taula kan skop soaln dye.. unexpected n complicated~~tpi bnyak benefit yg kte dpat kan?? base on da same notes,aku rase level kte sume same.. n i'Allah Dr Ali bg mrkah tggi..xyah riso..

WRITTEN~~
mule2 dpat paper,trus bce doa.. tpi heart rate mmg tinggi lah..normal la kan.. tgok je soalan first,aku terus blank.. x tgok lagi 13 soalan kat bawah.. sume bende nak terbang..(hey,nak g mane tu?) SWEATING~~BLURR OF VISION~~INTRACRANIAL HEADACHE~~TREMORS sumelah nak jdi tyme tu..ya Allah,pe yg sdang terjadi ni.. then mte aku bergerak ke soalan seterusnya.. pening..tpi xla smpai NYSTIGMUS..huhu honestly,aku mmg blank mse tu..mcm xtau pape je.. allahuakbar~~pastu aku bukak la bku jawapan.. da only thing that i can do--salin balik soalan.. 4 da first 30 mnts,aku blurr..termnung je.. tpi aku cbe jgak..tawakal..ape yg terlntas kat fikiran aku,aku tlis je.. merapukah aku??wlau kdg2 point tu xde pon dlam bku.. xpe,wat mklumat tambahan..hehe.. at least kertas x kosong kan.. sume memory hilang.. klu dah long term memory ilang,apatah lgi short term..ya Rabbi.. soaln yg kuar pun unexpected..soaln kuar bnde simple2 je.. n masalahnye ktrg,termasuklah aku bnyak tumpu kat bende2 yg besar.. tbe2 exam kuar soaln yg ktrg amek remeh.. huhu... yaAllah lmbutkan ati pemeriksa kertas kami .. permudahkan segalanya..ameen.. habis je mase,aku terus pusing blakang.. skadar mampu melemparkan senyuman paling manis kpada teejay..(perasan..huhu) SPEECHLESS~~ xtau nak wat expression ape... sdey??takut??tension?? MOTOR APHASIA,perhaps~~


all da way home,i juz kept silence.. huhu..ade je kwan aku yg nanges..aku?? x nanges pon scara zahirnya..tpi hati aku mnanges.. thniah pade sesape yg bley jawab.. it's hurt when u feel like u know NOTHING.. i've tried my best ya Allah.. kuserahkan sgala urusan kepadamu.. permudahkanlah sgalanya ya Allah.. jika rasa kecewa ini mmbuatkan aku dkat padamu,aku redha..



habis written,ade lgi 4 hari untuk oral.. aku down sangt lpas written.. hilang terus mood aku nak jwab oral.. tuhan je yg tau.. thanx kpde semua ahli bait yg bgi sokongan.. i kept thinking bout my written exam,till da day b4 oral.. dok
pkir sgt smpai INTRACRANIAL HEADACHE yg pling seksa mnyerang aku.. u deserved 4 it ika..huhu..mkan ubat then tdo..huhu.. tgahari bru start bce nku untuk oral yg keesokannya.. smpat ke wat revision untuk sume??mstilah x smpat.. aku tawakal je.. kol 9 dtg exam,kol 1 baru ktrg kna pggil.. ni nak cte yg aku gembira sgt!!! alhamdulillah oral aku senang sgt!!! thanx to farhan,my partner, sbb die wat aku ilang rase nervous time kna tnye.. he did very well n so did i~~ thanx gak kat ckgu 2 org yg tanye ktrg tuh..aku dah xde dok pkir psal written aku coz kau hepi sgt oral aku,aku dpat jwab..rsenye xla terjejas prasaan aku pasni nak jwab paper histo,anat n biochem..satu ayat yg doc ckap pas abes oral tuh mmpu buat aku tersenyum kmbali.. "ok,holas..thank you..u did very gud..very gud.."thanx doc!!!!

knape tjuk post ni TIGGALKAH KASIH TINGGALKAH SYANG?? yela exam physio dah lpas..psni xyah bkak bku physio lgi.. lgipon taun ni last blaja physio..psni xde dah.. tpi andainya rezki bkan milik aku skarang,klu kna repeat blan 8 ni.. so,that means,aku akn bukak lgi bku physio pasni.. mintak dijauhkan..kuserah segalanya padamu ya Allah.. juz nak ckap yg aku kcewa ngan written aku.. aku dah usaha..tinggal doa n tawakal je.. kwan2 tlong doakan ye.. as my in-law said.."adik buat je ape yg adik mampu..redha dgan ape yg adik dah blaja n usaha adik selama ni..yang lain serahkan kat Allah..".. i'll keep that in my mind.. ok.. terlepas sudah stu beban atas kpala aku ni.. wsalam..


Thursday, May 15, 2008

::>>HALAL..HARAM..HATI..<<::




Sesungguhnya yang halal itu jelas
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang

Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya
Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram
Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya

Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah hati.



Album ini naungan Xifu Naseer & Xifu Mu’adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba’ Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad.)

Apabila semuanya bersatu, pendakwah, Profesional & Artis, terhasillah album yang sungguh membanggakan semua. -

antra lgu2 hadith dlm album ni..Hijrah, Brotherhood, Halal-Haram-Hati, Islam-Iman-Ihsan, Make The Best. Semuanya berdasarkan hadith 40.

Just a promotion, trylah dengar lagu mereka ni. InshaAllah, tak rugi!medic zagzig rsenye sume da pnah dgar n bese je dgar kan lgu2 nih..juz nice..

Wednesday, May 14, 2008

..hepi sweet 20 mira..

ngah tggu pizza

assalamualaikum.. sorang lagi housemate aku mncecah umur 20 taun.. tggal 4 org je still 19..sooner,husna.. nih nak cte sket cmne persiapan n sambutan ktrg time besday mira..(8.5.08) persiapan ktrg bermula pde siang hari(7.5.08).. mcm2 ktrg rancg,tpi xla sumer jdi cam yg ktrg nak.. semuanya Allah dah tetapkan.. as 1 of her housemates,aku mmg nak buat yg terbaik untuk die.. bermulalah ceritanya..

ptang tu,husna n amira nak pegi ghazawi,beli stationary untk exam.. ktrg yg lgi 4 org ni pon mrancag r nak kuar tyme drg 2 org da kuar..so,nnti mira xtaulah ktrg wat preparation untk besday die mlm ni..aku n piah menapak ke bassam,beli kek.. ila n dura plak g qaumiyah,carik hadiah.. ptang tu aku mnapak ngan piah g bassam..demam2 pon aku g x..keranamu mira..( kmu x terharu ke mira??juz kidding..hehe,kte ikhlas la..)..

baru je kuar rumah,mira tepon piah.. adey kantoila ktrg kuar coz mira nak ckap ngn ila..ila mne ade gn ktrg time tuh..alahai..kantoi~~agak pnat r ptag tu jlan kaki,demam..sblom smpai bassam,piah g kuar duit..skali kad plak stuck kat dlam tu..dala duet x kuar..sebek piah x cuak dgan adenye aku di sisi..(hehe..).. ..ahli bait..

perjlann diteruskan ke bassam..ktrg pon surveyla kek untuk mira..rambang mate dibuatnye..hehe..at last,aku plih yg ini..dan aku n piah msing2 beli 2 ptong kek..sje nak mkan..mine,both r choclate cakes..besh~~balik tu,ingt nak singgah sultan..nak beli brg untuk donut,tpi kek kat tgn yg berat tu,watkan ktrg nak blik umah je terus n nnti pegi suk baiti jela..


..typical cake...tpi,besh je~~is there any option??

dah anta kek kat umah,aku ngan piah kuar balik,nak g suk baiti(nme yg popular kat ahli bait aku..pdahal nme btol die baiti market)..tbe2 aku teringt,ktrg nak wat donut n cucuk ngan lidi,kat sultan je ade lidi..so,ktrg berpatah balik ke sultan..(jlan kaki lagi..)..sampai kat sultan,dahla lidi xde..dgan tepung2 dahab skali xde..cmne nak wat donut ni..adey..
so,kputusannye pgi suk baiti.. "piah,kte x larat r nak jlan kaki..jom naik trmco.."..piah bgai org disorok bntal bgi green light je.. naikla trmco..dahla da nek harge..x gune btol..pkcik tu x plang duet ktrg..ades~~xpe2 sebek aku demam,mlas nk bising..

kat suk baiti belilah sume brang..x dilupe aku beli snickers gak..hehe..kat suk baiti tu plak x de lidi..aku dgan geniusnya pi beli spegeti..bley gak cucuk donat.haha..piah cadangkan bli pncungkil gigi..huhu..
sampai umah,husna n mira x balik lgi..dura ngan ila pon x blaik lgi..aku n piah mkanla kek ktrg..kek besar tu,aku dah srok ats katil aku..so,xla kntoi..tgah2 mkan kek kecik ktrg tu,aku psan kat piah,kotak kek ni nnti buang,takut mira nmpak klu msuk blik die..


smntara isi mse lapang..(prasan ade mse lapang,padahal nak exam..kuikui..)aku,mira n husna dok mlayan cte mohabbatein..pe mimpi ktrg tgok cte ni??huhu..ntahla..di sebelah aku,ade seorg insn yg sedang bermanje tdo kat sebelah aku..da-one-who-shud-not-be-named..tbe2 tgah dok ktrg 3 rg khusyu' tgok cte tu,tbe2 insan yg tgah tdo ni hulur tgan kat aku dan mte yg terlelap smabil berkata.."nah ika,copy n paste.."huahuahua..nak pecah perut ktrg than gelak..si mira n husna dok buat muke than gelak..aku plak x smpai ati nak gelak tkut insan yg sdang mengigau tu kecik ati..huhu..siyes x tahan..adey~~mlam tu tnye die,die inagt x die ngigau..x ingat pon..kuikui..

..masukkan susu..gebunye donut ..haha..


duty aku masak mkan mlam arini..dura handle dinner,aku plak dok menguli tepung untuk donut..mgrib pon msuk,tawaquf jap..menghormati mgrib,n tunaikan solat..pas mkan mlam smbung wat donut..buat bntuk bulat n alphabet 4"MIRA 20"..mlam tu kol 11,aku n piah terlelap..pnat sgat..dura n mira gorengkan donut..pastu drg kejut kol 12.30 nak kejutkan mira..ketuk2 pintu blik mira,die plak x terjage..aduhai..cmne ni,donut da goreng,nnti x bes plak mkan esok..dahla da salut coklat.. xpe,tggu besok jela..



ktrg pon smbung r study mlam tu..smpai pagi..tpi aku terlelap balik dlm kol 3.30..pas subuh aku dok tggu bdak2 ni bgun,ingat nak wat suprise kat mira pgi2 tu...tpi,nape la hari ni drg bgun lmbat..ey,sayang!!!bngunla..tuh study smpai pagila tuh..sebek kuliah da xde..skang kan exam..dlam kol 9pgi tu,aku pi kejutkan insan 2 org yg tdo kat depan.."incik,bley x kte solek muke kamu jdi hantu??"sib baik dudu yg tgh mamai tu setuju..aku ngan piah gla solek muke die..nak suh die terkejutkan mira..hehe..abes lipstik aku..huhu..


dudu wat donut tocang..haha


"mira,mira..tlongla kte kejutkan dura tu..die xmo bgun..pnat d kte kejut..."aku mulekanla watak..hehe..mira pon ikut aku g depan..die pon kjutkan dura..lme gak die kejut dura,tpi,dura x mo bgun..aku pon plik apsal la yg si dura yg tgah pura2 ni x terkejutkan si mira tu..aduhai..die tdo balik ke?last2 mira ptus asa..dura..bgunla..mira da nak masuk blik,pastu si dura pon terkejutkanla(dgn care yg x terkejut pon)..geramnye aku kat dura ni..kte suh die jadi antu yg mnkutkan..bley plak dia senyum kat mira..

there u r..amira 20..



then ktrg pon kumpul 6 org..celebrate la kat dpan..mkan donut,kek n fresh orange..si mira pon bukakla cite yg sbnrnye mse masuk blik piah mlam tdi,die de nmpak kotak kek kecik ats meja piah..kotak kek bassam..so,kantoilah ktrg ade g kedai ke..PIAH!!!!kamu mmg nak kena kan..i've asked u to hide it!!!kantoi lagi~~ ptang tu ktrg g pizza 7 days kat qaumiyah..mira blnje..bes gak pizza nye..thanx~~ slamat ari jadi mira..(setiap besday ktrg ade ceritenye tersndri..)mira,ktrg harap ko gembira hari ni..



klu da mkan donut ni,confirm terbawak smpai mimpi..

Monday, May 12, 2008

..Z.I.N.N.I.R.A.H..



Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yg tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yg besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi penghormatan yg tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yg telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yg awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yg memeluk Islam, tidak seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dgn harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi kemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn batu besar dan 1001 macam penyeksaan yg diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dgn besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kpd org yg menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.

Walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima ****** dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasa merasa Allah swt memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dgn mengatakan Allah swt Maha Melihat. Nafsu yg mahu berbuat segera ditepis dgn katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgn neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgn akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman drpd kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yg diperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Semoga iman kita akan jd seteguhnya INSYAALLAH